Khamis, 30 Oktober 2014

Bunga sabun


Bunga Sabun...





kalau letak dekat ruang tamu,wanginya boleh hidu sampai ke dapur..tapi bergantung pada jarak la..kalau jarak ruang tamu dengan dapur 50 kaki,tak bau lah agaknya..
siapa-siapa yang berkenan,boleh la SMS ke 0174232908...kawasan Bukit Mertajam sahaja.

Selasa, 1 November 2011

BISKUT CINTA SAYANG

Bahan-bahannya:

1 cawan planta 
1/2 cawan gula
2 biji kuning telur
1 sudu esen vanila
tepung gandum segengam
3 cawan 1/2 tepung jagung

Bahan hiasan:
kuning telur
serbuk kacang
buah ceri (potong dadu kecil-kecil)
                                            
CARA MEMBUATNYA:
pukulkan planta dan gula sehingga kembang. Kemudian masukan kuning telur dan pukul sehingga kembang, selepas itu masukkan esen vanila dan kacau. seterusnya, masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan uli sehingga sebati.kemudian canaikan adunan tersebut dan tekapkan dengan acuan yang sesuai. selepas itu, sapukan kuning telur dan taburkan serbuk kacang serta letakkan potongan ceri diatasnya. bakar di dalam ketuhar lebih kurang 20mnt..(x pasti la brapa mnt)..hati2 bila ingin di hidangkan atau ingin mengeluarkan dari dulang pembakar kerana biskut tersebut mudah relai..

METOD MENGENALI KEWUJUDAN MAKHLUK DI DALAM TUBUH SESEORANG:

Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengesan (scan) kewujudan makhluk halus di dalam tubuh manusia. Teknik ini boleh dilakukan sendiri oleh kita. Gejala atau simptom kemasukan dapat dibahagi kepada dua jenis iaitu gejala ketika tidur dan gejala ketika jaga

GEJALA KETIKA TIDUR:
1. Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah bersusah payah
2. Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
3. Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta  pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindin'
4. Mimpi perkara yang menakut dan menyeramkan.
5. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus, dan sebagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telahpun masuk ke dalam jasadnya.
6. Bunyi gigi berlaga ketika tidur
7. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur
8. Berdiri dan berjalan ketika tidur
9. Mimpi jatuh daripada tempat tinggi
10. Mimpi berada di kawasan kotor atau di kawasan perkuburan
11. Bermimpi berada di tempat sunyi
12. Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang aneh
13. Mimpi melihat makhluk yang menakutkan ataupun diistilahkan sebagai hantu.
14. Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi budak kecil yang menyusu dengan kita dan kita sayangkannya terutama kepada wanita
15. Mimpi melihat salib atay gereja
16. Mimpi bertemu paderi
17. Merintih dan menangis ketika tidur
18. Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, paku, dan sebagainya

             Sesiapa yang mempunyai mimpi bertemu budak kecil dan jatuh dari tempat yang tinggi merangkumi tiga yang lain juga disyakki mengalami gangguan jin.


GEJALA KETIKA JAGA:
1. Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan sebarang penyakit dan dikatakan penyakit misteri
2. Selalu lalai daripada mengingati Allah subhanahu wa taala.
3. Hilang ingatan dan mungkin juga manjadi gila. Gila adalah berpunca daripada jin. Dalam bahasa Arab orang gila digelar 'majnun'. Majnun bermaksud dijinkan
4 Sering lesu dan malas
5. Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya
6. Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
7. Lenguh di sendi-sendi utama
8. Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
9. Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat bahawa kanser berpunca daripada jin.
10. Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur
11. Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
12. Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
13. Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu
15. Emosional dan terlalu sensitif.

Dari buku PERUBATAN ISLAM MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS

Isnin, 31 Oktober 2011

Jenis-jenis gangguan jin:

Terdapat beberapa jenis gangguan jin. Antaranya:

1. Gangguan sepenuhnya: iaitu jin mengganggu seluruh badan dan jasad seperti orang yang mengalami
    masalah saraf tersumbat dan seumpama dengannya.
2. Gangguan sebahagian anggota
3. Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada di dalam badannya dalam jangka waktu yang lama.

      Gangguan sejenak iaitu tidak lebih daripada beberapa detik seperti mimpi buruk.